Aku punyai banyak minat tapi tidak sempat untuk buat semuanya memandangkan aku ini hanya manusia biasa dan aku bukannya tuhan..
Dari dulu lagi aku dah berasa rugi kalau aku tidur banyak..sampai la aku jarang tidur siang..
Kecuali betui² letih atau ngantuk saja.
Bini aku selalu marah aku tidur lambat..alasan aku ..rugi aku tidur awal..banyak benda berfaedah boleh aku lakukan lagi.
Semoga selepas aku berjaya berhenti merokok dengan jayanya tanpa menghadapi gejala² giannya ..Aku mempunyai masa seperti di zaman remajaku dengan segala pengisian amalan dan ilmu agama.. Amin..
Sekular telah menyebabkan aku berubah..
Tapi aku bersyukur kerana aku tidak tergolong dari kalangan fanatik agama yang memandang hina kepada golongan yang bukan dari kalangan mereka.
Hinggakan mereka mundur dari aspek teknologi..kiranya semuanya hukum alkohol adalah haram..betapa ceteknya akal para fanatik ini berbanding ulamak² besar di zaman absiyah, uthmaniah dan sebagainya yang bukan hanya sekadar fanatik agama ..tetapi mereka juga mengejar ilmu sains dan teknologi. Supaya ianya setara dalam kehidupan dan zaman.
Cepat betui rasanya masa berlalu..Kan bumi ni hanya tempat persinggahan..
Kalau dihitung² mengikut purata hayat manusia.
Purata hayat manusia 60 tahun/
Tidur 8 jam/hari
Kita tidur lebih kurang 20 tahun daripada 60 tahun hayat.
Tolak masa usia bayi dan kanak² = 15 tahun
25 tahun saja kita sebenarnya berada di dunia yang nyata..
25 tahun ni merupakan masa yang singkat ..sebab itu barat mengesyorkan kita tidur 8 jam/hari supaya kita tidur lebih lama dari mereka. Maka kita lebih mundur dari barat.
Itu hanya permainan politik kesihatan mereka..jadik ramai di kalangan kita bangga kerana dapat tidur selama 8 jam.
Samalah seperti barat mengajar kita berpolitik..sehinggakan ..ada di kalangan kita yang fanatik berpolitik yang tidak mengenal masa dan waktu..sehingga melupakan tanggungjawab sebagai khalifah bumi bukan hanya sekadar berpolitik sahaja.
Mereka ini bercakaran sesama sendiri atas asas politik rekaan barat..
Barat kemudiannya mudah mengambil kesempatan ke atas negara yang lemah akibat bercakaran sesama sendiri.
Balik kepada hayat manusia..
Maka tidur yang seeloknya hanya 6 jam/hari.
Aku berpegang kepada ajal jodoh di tangan tuhan..
Bila aku kenangkan benda ni semua baru aku teringat ..
Cari kekayaan seperti nak hidup selamanya
Dan Beramal ibadat seperti esok nak mati.
Dengan itu, aku memohon kepada tuhanku supaya jayakan cita²ku untuk aku sedikit sebanyak dalam menyumbang dalam mengubah nasib hidupku, kemudian keluargaku seterusnya bangsa²ku diikuti pula negaraku dan akhir sekali seluruh umat Muhammad S.A.W.
Amin.
Saturday, April 17, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)