Saturday, August 29, 2009

Pekan Hari Baling


Pekan Hari Baling ni adalah merangkap kepada Pasar malam Baling jugak...
Pasar malam dia bermula pada hari sabtu malam ahad..
dan bersambung pada pagi esoknya hari ahad :)

Barang basah dan kering semua ada kat sini...Lokasi berhampiran dengan pejabat pos, stesen teksi dan stesen bas :)

selalunya kami sekeluarga akan beli banyak² barang² basah untuk buat stock kurang² untuk 5 hari..



ni gambaq OKU kat Baling..dia ni kalau nak carik dia ..hangpa carik area pekan baling insyallah jumpak..
setiap kali pasar malam baling dia akan dok tang tu...modai dia ..keyboard hat tak sampai Rm50 dan Kotak pancing ikan..insyallah murah rezki dia ..hangpa tengok mesti beringgit² dalam kotak tu..tak penah lagi la kosong..

kekadang waktu pagi² dekat dengan pejabat pos baling..dia akan dok bawak gerek sambil sua tangan kat orang yang singgah beli surat khabaq..

Wednesday, August 26, 2009

Kampung Ketemba



Kenangan paling bodoh Waktu melakukan tugasan rasmi aku!!!
Gambaq ni diambik pada tahun ni jugak, ini adalah kali pertama aku jumpak orang yang ada jawatan selaku imam dan jkkkp..umuq dah kat 80 kot ...umuq tua² pon gila pangkat lagi..apabila kita sembang dengan dia..tak habis² dia dok bangga ..saya dah 37 tahun dah pegang jawatan yang tu yang ni..semua sembang dia tau, setelah dekat sejam kami dok buat penerangan dia boleh kata aku dan rakan² setugas penyamun plak..anak haram jadah betui..aku ingat dia ni nyayuk atau orang kampung ketemba ni yang nanyuk pilih dia..
setahu aku arwah tokwan aku lagi tua dari dia..sepanjang hidup dia tak penah nak sembang bangga² dengan orang..padahai arwah tokwan aku lagi dahsyat dari orang tua tu..

orang zaman la semua mata duitan nak pangkat saja kot..

Kedai nasi kandar ketapang




Pada 22/07/09 adalah hari perasmian cawangan kedai nasi kandar ketapang dekat dengan Bt 42 Pulai..

kelebihan kedai makan ni ialah berada di tempat yang strategik, dan kelemahan kedai makan ni pada aku ialah ..pekerja dia tak paham melayu pasai mai dari India..mintak yang lain hantaq yang lain.. , tosay dia nipis cam roti tisu...dan yang terakhir sekali, kedai ni makanan dia masin sket..mungkin tukang masak dia jenih makan masin kot..

Terima kasih kerana buat kenduri hari tu.. semoga menjadi kedai nasik kandaq yang terbaik di Kedah dengan sentiasa membuat pembaharuan dan penambahbaikan melalui komen² pelanggan.

Lata Bayu



Air terjun Lata Bayu ni terletak lebih kurang tak sampai 20km dari Pekan Baling.



Dinasihatkan jangan dok mai waktu musim cuti pasai nak parking dan mandi pun susah.
Seeloknya mai waktu hari yang biasa² bagi memudahkan riadah anda.



Kalau nak mai tu, pastikan buat sendiri langkah² keselamatan semasa berada di air terjun memandangkan Pihak Kerajaan Negeri Kedah tak betanggungjawab macam kat papan tanda tu tulis.

Tuesday, August 25, 2009

Pasar malam Kupang


Pasar malam Kupang ni agak besar juga..pelbagai benda ada kat situ..dari segi benda basah dan kering semua ada. Kebetulan pada tarikh 07-08-09 aku dan jiran² berpakat untuk buat BBQ malam ni..Jadi hanya beli Jagung manis sahaja untuk di BBQ kan..LOL...singgah sebentar makan bihun ABG CHIK CARGAS BIHUN SUP dekat betui² kepada simpang pasar malam Kupang. Boleh tahan la bihun sup dia..aku kasik 3 bintang saja..

Kedai Laksa Pulai


Ceritanya macam ni..Lokasi kedai laksa ni dekat² nak sampai masjid Titi Teduri gak..jalan menghala ke Baling tapi sebelah kanan kita. Laksa dia boleh tahan..laksa ikan campur sardin tin dan mungkin sedikit kerisik atau santan..kira ok lah :)

Kampung Keda Hulu Bakai


Ini adalah Imam Kg Keda Hulu Bakai di Daerah Baling yang alang² bodo kepalang sampai peredaran zaman dan perkembangan semasa pon tak tau. Tapi dia mengaku dia tau, sembang pandai .. semua dia tau..bermacam-macam alasan yang diberikan dalam perbincangan untuk rancangan kami membuat program keagamaan. Tak berani nak tandatangan la apa semua ada kat dia..mungkin mentaliti orang Keda memang macam tu kot.. Mahukan jawatan untuk kepentingan rasanya.

Wah, baru tadi agak² jam 10.00pagi 27/08/09 aku baru dapat komplen yang mengatakan imam ni tidak pandai menjaga rasia seperti yang telah diiyakan oleh dia sendiri..Macam tu nak jadik imam, tadak sifat² amanah.

Yang aku tau dia ni takdak ketokohan jadi imam pasai anak khariah dia sendiri pon dia tak ambik tau. Imam macam ni yang mengecewakan ..tadak amanah dan tanggungjawab.

Anjingku


Ini kawasan Mukim Teloi Tua, kebun sawit adik aku dan kebun aku sendiri.
kami bela sepasang anjing yang dibela dari kecik untuk menjaga kawasan kebun. Setakat
ini babi dan keturunan monyet tak berani masuk kebun.

Sunday, August 23, 2009

Pasar ramadhan Baling

Wah..hari ni tak dan nak pi pasar ramadan pekan baling..
baru sangat balik dari aloq staq ..semalam bukak posa kat sana..
Insyallah esok aku akan masukkan sekali gambar pasar ramadan pekan baling dalam blog ni..
Untuk pengetahuan, harga di pasar ramadan pekan baling insyallah adalah lebih mahal dari mana² pasar ramadan di negeri kedah :).. sebab orang baling kaya² raya..

wah ..waktu ni hujan..lalu saja kat pasar ramadan baling..


Baru nak ronda cari parking ari pon hujan..jadik tepaksa batalkan niat untuk ke pasar ramadan .. :(

Sunday, August 16, 2009

Titi gantung Baling

 









Titi
gantung yang hanya boleh dinaiki oleh pejalan kaki dan penunggang motosikal
sahaja. Aku terkena dengan kawan aku kononya boleh lalu dengan reta ...Jarak
dia dengan Pekan Baling aku tak berapa nak jelas sangat tapi rasanya lebih
kurang mau kat 15Km lebih pasai kena lalu kat kampung Charok Sik. Kalau
nak pi situ tanya orang kampung lokasi "Gua kelambu" yang kononya ada kaitan
dengan Sang Kelembai.

Gambaq ni aku ambik dari bahagian dalam Gua Kelambu yang diperkatakan
tu..


Sebenaqnya banyak lagi kawasan² yang cantek kat Baling ni..


 

Kampung Ketenga Baling


Ni salah satu kedai makan "muslim" tepi jalan yang beroperasi dari pagi hingga ke malam.
jarak dengan Pekan Baling lebih kurang 27.7 Km .

kepada sesiapa yang nak lalu jalan Gulau eloklah singgah minum di situ dulu.

Partanian Timun di Baling

Kawasan pertanian timun yang diusahakan oleh anak² tempatan Baling (Mukim Siong - berhampiran Kg.Lalang) Lebih kurang 13KM dari Pekan Baling. Terima kasih atas bantuan dan kerjasama anda semua.

Baling

Sorotan Sejarah Baling, Kedah
Baling merupakan salah satu daripada jajahan dalam negeri Kedah Darul Aman. . Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia.
Baling terkenal dengan air terjunnya, seperti Lata Bayu dan Bukit Hijau.
Selain itu, Baling juga terkenal dengan perkampungan asli yang terletak di Mukim Siong, di mana terletaknya kolam air panas yang dipanggil Kolam Air Panas Legong. Ada 3 kolam air panas yang berbeza suhu dan satu kolam khas untuk kanak-kanak dan wanita.
Di pinggir pekan Baling terdapat gunung batu yang dikenali dengan nama Gunung Baling. Di sebelah belakang gunung itu terdapat beberapa buah kampung. Antara kampung-kampung itu adalah Kampung Padang Cik Mas, Kampung Sekolah, Kampung Seberang, Kampung Charok Bakong dan Kampung Becah Tok Bulan.

Asal Nama Baling

Nama Baling dipercayai berasal daripada peristiwa Raja Bersiong seperti yang tercatat dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Raja Ong Maha Perita Deria atau lebih dikenali sebagai Raja Bersiung, merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Maha Wangsa yang gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia. Kelakuan baginda ini dibenci oleh rakyat dan menyebabkan baginda melarikan diri dari istananya yang berpusat di Lembah Bujang. Ketika dalam kepungan menteri dan rakyat, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi siongnya. Baginda dikatakan telah memulas keluar kedua-dua siongnya di suatu tempat dan membaling gigi siongnya jauh ke tempat yang kini dikenali sebagai Baling.
Dalam cerita lain, nama Baling dikaitkan dengan orang siam(Thai) dan orang Burma(Myanmar) yang datang ke daerah itu kira-kira 200 tahun dahulu. Mereka datang ke Baling kerana ingin memulakan penghidupan baru. Setelah merentasi pelbagai jenis rintangan mereka sampai ke Baling dan membuat keputusan untuk membuka kawasan hutan di situ. Mereka begotong-royong menebang hutan dan belukar untuk memulakan penempatan baru. Mereka bercucuk tanam, berniaga dan membawa sampan penambang untuk menyara hidup. Ada juga di kalangan mereka yang mencari kayu di hutan dengan menggunakan gajah. Sungai Ketil yang pada masa itu dalam dan luas, menjadi alat perhubungan utama penduduk tempatan. Sungai itu juga kaya dengan ikan. Sampan-sampan dari Kota Kuala Muda yang sarat dengan barang-barang dagang banyak yang berlabuh di tempat itu. Pangkalan di kawasan penempatan baru itu juga dijadikan tempat memunggah candu mentah yang dibawa dari Burma untuk dijual di Kota Kuala Muda.
Bagi penduduk yang bertani, tanaman mereka sangat berhasil. Mereka gembira melihat sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu menjadi. Akan tetapi. Kegembiraan mereka tidak kekal lama. Buah-buahan mereka seperti langsat, rambutan dan durian diserang oleh beribu-ribu kera yang dikatakan datang dari hutan Gunung Baling. Binatang-binatang itu bebas memakan dan memusnahkan buah-buahan mereka. Setelah habis musim buah-buahan, binatang-binatang itu balik ke hutan Gunung Baling. Oleh sebab kaum pendatang itu tidak pernah melihat kera yang begitu banyak mereka menamakan kampung mereka "Ban-Lin" yang bererti "kera". Lama-kelamaan perkataan Ban-Lin bertukar menjadi "Baling".

Peristiwa Baling

Baling sebuah daerah yang terkenal dengan pelbagai susur galur sejarah yang juga mewarnai sejarah tanah air. Baling merupakan tempat di mana Parti Komunis Malaya, Kerajaan Malaysia, dan British berjumpa pada tahun 1955 untuk menamatkan darurat. Tunku Abdul Rahman, yang ketika itu merupakan ketua kerajaan, memujuk ajar komunis menyerah secara aman dan berjanji tiada tindakan keras akan diambil terhadap mereka. Tetapi, Chin Peng yang merupakan ketua Parti Komunis Malaya mendesak agar kerajaan dan pihak British mengiktiraf PKM sebagai parti komunis yang sah supaya ia boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya di Malaysia. Permintaan ini ditolak dan menyebabkan tiada perjanjian dicapai.

(Dipetik dari : http://dppbaling.blogspot.com/2009/06/sorotan-sejarah-baling-kedah.html)