Tuesday, September 29, 2009

Aman Bayu Cafe Baling




Terletaknya di batu 42, dalam kawasan Billion Baling..
Cafe ini menyediakan makanan nasik campuq pada sebelah siang, masakan goreng² dan masakan ala thai pada sebelah petang hingga malam..
Tukang masak dia memang warganegara thailand :) yakni dari bangsa melayu Betong..
Aku rekemen Cafe ni kalau hangpa nak makan western foods dan masakan thai :)

Preng Of mine..


Tadi balik reja teruih aku goreng koewteow goreng..saja buat² makan kat jiran² aku :)
aku sudah salah menggunakan cabai ..cabai yang diresepikan aku tak guna..tak apalah..owh ..thanx to all my prengs..aku pun tak tau berapa lama lagi aku nak keja kat Baling Kedah ni..tup tap tup tap..mana tau hujung tahun ni kena posting tempat lain..
Orang² Baling memang best...banyak nostalgia aku waktu kecik ada kesamaan dengan kehidupan aku di Baling la ni..

Monday, September 28, 2009

Peluang pekerjaan di daerah pendalaman


Salah satu memek muka tension mencari peluang pekerjaan..
Haahaa..susah sungguh nak carik peluang pekerjaan di daerah pendalaman, tapi itu adalah cabaran dan amanah kita..bila pikir² balik..wah aku ni macam pegawai sumber manusia la plak..
Janganlah kita pekak dengan pengetahuan am Geografi di negara kita..bukannya dulu belajar kat negara India pun..tahap pendidikan pun agak tinggi..sedangkan kita bewarganegara malaysia :) .. apa salahnya peluang pekerjaan tak semestinya bermajikan?
kenapa tak boleh bekerja dengan keluarga sendiri seperti aktiviti pertanian? kerana mereka tidak mempunyai cop? kenapa tidak boleh bekerja sendiri?
itu keputusan orang yang berada di puncak..hanya nampak bawah secara umum tetapi tidak terperinci..
Logiknya rata² orang dipendalaman bekerja sendiri :) mana ada kilang yang banyak seperti di kawasan perindustrian...
Jelas boleh dilihat..sapa² yang ada menyediakan peluang pekerjaan di daerah Baling boleh komen di bawah..

Wednesday, September 23, 2009

Tompok Baling


Ini adalah anjing kesayangan aku yang dibela dari kecik..pemberian seorang kenalan kaum siam..comey betui dia sampai la..jenih berbaka...jaga kebun kami sekeluarga dengan taat dan setia sehinggakan kebun kami adalah sifar dan bebas dari babi, beruk, monyet, lutong dan sebagainya..sapa yang lalu kat kebun aku dia dan adik dia mesti salak ..dak pon dia ligan depa..haha..
dah besaq dah pon dia la ni...
sampai harini di negara² luar...orang² islam membela anjing seperti kucing dalam kehidupan harian mereka dengan garis panduan yang ada dalam agama islam memandangkan ianya adalah najis ..
najis yang boleh disamak dengan menggunakan air tanah dan air mutlak...
paling mudah p beli sabun taharah..

cuma yang peliknya..orang² islam di malaysia amat sensitif dengan haiwan yang bernama anjing ..
banyak lagi contoh yang pelik² kat asia tenggara pada pendapat aku..
kalau p haji..pangkal nama pon kena buh haji...
individu tersebut akan terkecik hati sekiranya dirinya tidak dipanggil dengan gelaran haji..werk...uwek...
rukun islam tidaklah perlu kita nak cerita kat orang yang kita dah buat, pada pendapat aku..kalau kita sedekah sejuta ringgit..perlukah kita hebahkan kepada orang ramai seperti ayam nak bertelur?

adakah orang² kita seperti "ayam" nak betelur ..reyuh sekampung?

Wah..editan yang kedua..
Tompok dan kuning ...rindu kat aku kot..dari jauh dengaq reta aku terus salak dan mai rabat kaki aku..LOL..
hadiah raya, aku beli makanan kat depa sekampit..agak² Rm60> jenama Alpo...campuq dengan diet lain...

Ikan haruan baling


Dengan bermodalkan cengkerik (ghidik) yang dibeli atau ditangkap sendiri..hasilnya ..ikan haruan parit kebun sawit ..

Katak Baling


Bulan ni rasanya nak lebihkan kepada flora dan fauna yang ada kat Baling..
ni salah sekoq dari katak yang boleh melekap di cermin rumah² warga Baling..

Tarantula Baling


Ini adalah spesis labah² berbulu yang sama besar dengan kotak rokok Camel 20 aku..hangpa jangan tekejut..ada jugak labah² jenih yang garang kat Baling..
nasib baik tak kena ketit...ekoq dia terangkat kalau marah..