Monday, November 2, 2009

Taman Bersatu




Lokasi gambar di atas = Taman bersatu fasa baru

Cerita dia lebih kurang macam ni..waktu tu aku dah nak p reja dah..tiba² kawan aku telefon..katanya dia eksiden depan kepala lorong..
Seorang budak sekolah bawak motor tanpa melihat kiri dan kanan terus keluar simpang..maka jadinya GEdeGannnnNnGG!!..

dari cerita dan mengikut logik akal dan undang² lalulintas nampaknya kesalahan ke atas budak sekolah tu..

Bapa budak sekolah tu sampai saja di tempat kejadian terus kata anak dia tak besalah..apa cerita? dan suh si pemandu kereta tersebut tanggung kerosakan sendiri dan juga motosikal anaknya..

aku sebagai seorang manusia syorkan supaya dibuat laporan kepada polis trafik tentang kejadian tersebut untuk menentukan siapa yang bersalah..ntahlah jadik macam mana lepas tu..

Beringatlah kalau nak masuk Taman Bersatu anda harus berhati² memandangkan penduduk setempat di kawasan tersebut kurang menghayati peraturan jalan raya..
Kakitangan polis pon ramai yang menghuni di kawasan tersebut, namun pada pandangan aku..semua sama saja..

Bulan lepas heboh tentang samun kedai dan motosikal..
waspada ketika hendak membuang sampah, kerana pada waktu itu kita berisiko untuk di samun ..lebih² lagi waktu gelap..

Taman bersatu ni, macam² etnik dan lapisan masyarakat yang ada..
Kalau nak tengok sifat penduduk Taman Bersatu , kita boleh lihat pada remajanya..
Remajanya tak kira lelaki dan perempuan setiap hari hingga lewat malam melepak di taman permainan kanak²..pernah terjadi satu kejadian, bebudak remaja membuat bising hingga ke lewat malam..apabila ditegur oleh penduduk yang prihatin, bapak remaja itu datang sekali dengan bapaknya yang dengan bangganya mengaku kakitangan polis..dan memberi amaran supaya tidak menjaga tepi kain orang..
bahaya kalau nak tegur orang Taman Bersatu..

Dahulunya pernah sewaktu aku tinggal di rumah bujang..taman bersatu bawah..
pernah ada seorang yang dikenali sebagai ustaz..datang melawat kawan serumahku yang juga kenalannya..wah masuk rumah orang, matanya memerhati dengan pelbagai variasi bearing dan kordinat yang berbeza seperti mahu mencari barangnya yang hilang..
waduh...pelik betui orang taman bersatu ...

Pada aku, hidup kita mesti bermasyarakat dan harmoni..tapi perlu ada batasan dan privasinya dalam kehidupan..