Saturday, April 17, 2010

Purata Hayat Manusia..

Aku punyai banyak minat tapi tidak sempat untuk buat semuanya memandangkan aku ini hanya manusia biasa dan aku bukannya tuhan..
Dari dulu lagi aku dah berasa rugi kalau aku tidur banyak..sampai la aku jarang tidur siang..
Kecuali betui² letih atau ngantuk saja.
Bini aku selalu marah aku tidur lambat..alasan aku ..rugi aku tidur awal..banyak benda berfaedah boleh aku lakukan lagi.

Semoga selepas aku berjaya berhenti merokok dengan jayanya tanpa menghadapi gejala² giannya ..Aku mempunyai masa seperti di zaman remajaku dengan segala pengisian amalan dan ilmu agama.. Amin..

Sekular telah menyebabkan aku berubah..
Tapi aku bersyukur kerana aku tidak tergolong dari kalangan fanatik agama yang memandang hina kepada golongan yang bukan dari kalangan mereka.
Hinggakan mereka mundur dari aspek teknologi..kiranya semuanya hukum alkohol adalah haram..betapa ceteknya akal para fanatik ini berbanding ulamak² besar di zaman absiyah, uthmaniah dan sebagainya yang bukan hanya sekadar fanatik agama ..tetapi mereka juga mengejar ilmu sains dan teknologi. Supaya ianya setara dalam kehidupan dan zaman.


Cepat betui rasanya masa berlalu..Kan bumi ni hanya tempat persinggahan..
Kalau dihitung² mengikut purata hayat manusia.

Purata hayat manusia 60 tahun/
Tidur 8 jam/hari
Kita tidur lebih kurang 20 tahun daripada 60 tahun hayat.
Tolak masa usia bayi dan kanak² = 15 tahun

25 tahun saja kita sebenarnya berada di dunia yang nyata..
25 tahun ni merupakan masa yang singkat ..sebab itu barat mengesyorkan kita tidur 8 jam/hari supaya kita tidur lebih lama dari mereka. Maka kita lebih mundur dari barat.
Itu hanya permainan politik kesihatan mereka..jadik ramai di kalangan kita bangga kerana dapat tidur selama 8 jam.
Samalah seperti barat mengajar kita berpolitik..sehinggakan ..ada di kalangan kita yang fanatik berpolitik yang tidak mengenal masa dan waktu..sehingga melupakan tanggungjawab sebagai khalifah bumi bukan hanya sekadar berpolitik sahaja.
Mereka ini bercakaran sesama sendiri atas asas politik rekaan barat..
Barat kemudiannya mudah mengambil kesempatan ke atas negara yang lemah akibat bercakaran sesama sendiri.

Balik kepada hayat manusia..

Maka tidur yang seeloknya hanya 6 jam/hari.

Aku berpegang kepada ajal jodoh di tangan tuhan..
Bila aku kenangkan benda ni semua baru aku teringat ..

Cari kekayaan seperti nak hidup selamanya
Dan Beramal ibadat seperti esok nak mati.

Dengan itu, aku memohon kepada tuhanku supaya jayakan cita²ku untuk aku sedikit sebanyak dalam menyumbang dalam mengubah nasib hidupku, kemudian keluargaku seterusnya bangsa²ku diikuti pula negaraku dan akhir sekali seluruh umat Muhammad S.A.W.

Amin.

Sunday, April 11, 2010

Sepintas lalu ke 3


Aiport Jakarta


Santai bersama Paknovi dan Pak rifqi



popia suku jawa..inti rebung ..cicah gula merah dan cabai ..pergh..sedap..


Istana presiden di Bogor


Lontong melayu padang ..sedap



Latihan amali tissue culture selama 6 hari.



tok guru aku saintis dari indonesia



Airport penang


Nanas madu


Pisang kat umah ustaz adik beradik bini aku..





Arif arman senyum



Arif arman sebek...

Saturday, April 10, 2010

Koleksi Terbaruku.




Ni dia barang koleksi aku yang terbaru --> Water Distiller
Buatan German..kalau di kedai² .. 2liter = RM16 .

Aku jual Rm2/liter ..murah²..

Tuesday, February 2, 2010

Sepintas lalu


Kalau masuk tesco tanggungjawab adalah sendiri :)


Sistem barter dengan cikgu pencen ...
yakni angsa+nila dengan angsa putih..


Tissue culture kedua aku :) pokok nanas ..skarang ni dah tumbuh pucuk dah sket²..harap tu bercambah kaw kaw..insyallah lepas ni ramai lah musuh dalam selimut nak buat baik kat aku..nak curi ilmu..


Anak ayam kampung baru menetas..itik ja lambat lagi deh..yang tu incubator aku beli..
Bulan depan insyallah aku akan bina satu incubator yang boleh support 200 biji ..



Pokok nanas aku ada yang dah mula berbuah..tapi dalam 2% saja buat kelaku camtu..
baru² ni harga pasaran mencecah Rm2/biji (morris).

Saturday, January 2, 2010

Maybank Baling


Macamnilah rupa maybank baling...
Cash deposite Machine ada kat dalam ..menyukarkan warga baling untuk berurusan..
Hanya ada sebuah saja mesin tu..fakta ini boleh dilihat waktu operasi bank..
orang beratur untuk mendepositkan wang berderet²..pulak tu ..staff maybank pulak tidak mesra pelanggan pula akan suruh kita deposit kat mesin dengan nada yang sombong..