Monday, October 26, 2009

Baling Homemade Ikan&ayam bakar


Ni aku nak bekongsi ilmu sket pasai memasak ni..
kawan aku minat nak buat ikan bakaq dan ayam bakaq..

nah ambik hang ...

- bawang merah
- bawang putih
- lengkuas
- halia
- jintan manis
- kicap ikan
- stok ayam / kiub ayam
- serai
- sos tiram
- belacan
- garam
- gula
- spesis cili mengikut cita rasa anda..cajun pon bleh..paprika, cili kering, cili api etc...
- daun kesom (sesuai untuk ikan bakar)

semua bahan tu taruk agak² lepas tu kasik blend ...
paling kurang kasik perap/marinate ikan atau ayam tu kurang² sejam lebih ..lagi lama lagi bagus..

korang ambik sket bahan² yang diblend tadik..
kasik masak dalam kuali atau periuk belanga..untuk pak aie boleh guna Tefal Pan hang..
kasik masuk minyak masak ...kacau sampai naik minyak ..tambah santan sket dan sos tomato sket ...
mabeles...
jangan la lama sangat ..jadikan bahan ni sebagai percik..


ini adalah recipe yang paling simple dan mengejut dari chef DON 11 tahun pengalaman ..sesuai untuk bakaran yang tak dirancang..

Thursday, October 22, 2009

Baling Homemade Pama CLONE recipe

Pagi tadi aku lapaq sangat..tatau nak makan apa..maklumlah bujang..
aku buat pama clone..

recipe ni aku dapat dengan tak sengaja 2 tahun lepas..sewaktu nak buat gravy untuk chops...
rasa macam bihun pama yang diimport dari Thailand..katanya bihun pama ni mengandungi unsur babi..untuk mengelakkan kewas-wasan kita boleh buat sendiri secara homemade


butter/vegetable oil
black pepper seeds
garlic
chicken stock
optional garlic butter yang ada jual di pasaran
kasik blend semua bahan di atas..
meehun


addons

celery
carrot
fish ball
+ etc.

Pasta Baling

LOL!!! semalam aku buat Pasta yakni makaroni dan spegeti..Gravy @ sauce aku reka sendiri dengan menamakan spageti makaroni mayoi3T ..campuran original recipe ( tomato concasse + bolognese + cabonara )...
antara sebab aku buat makan pasai aku lapaq sangat dan pasai mae beli kerusi dan meja baru depan rumah...
antara sebab utama pasai malam jumaat selalunya kami jiran² akan bermesorat divider...

minched onion
minched garlic
tomato peel
tomato paste
demi suace
oregano, thyme, basil
minched meat/chicken
pastas

Wednesday, October 21, 2009

Ayam bermacam ayam dan manusia bermacam manusia



Sepanjang berada di daerah Baling, hatiku menjadi damai, bertambah sihat, ceria dan sebagainya yang +ve.. Rasa sayang berada di Baling telah membuatkan aku bercadang untuk terus menetap di daerah Baling. Orang² Baling mempunyai sifat² bermasyarakat berbanding daerah lain..contohnya berbesar hati..itu pujian aku kepada warga daerah baling..
Namun begitu terdapat juga segelintir dari mereka yang bersifat hasad dengki, talam dua muka dan lain² yang -ve..

Manusia dalam gambar ni merupakan salah seorang sahabat baik dan juga seorang abang pada aku..sepanjang setahun lebih kami berkenalan..
aku ingat aku dah terer, dengan berjaya mengubah sifat mamat tersebut menjadi seorang yang boleh diterima oleh komuniti kami..
Satu keterkilanan mamat ni telah buruk sangka terhadap aku dan kini dia telah berubah menjadi pakar fitnah, pakar laga manusia, pakar reka dan memanipulasi cerita :(..
Berasal dari Kg Siput..Jadi beringatlah bahawa kita tidak boleh menilai seorang individu memandangkan itu adalah benda ghaib..
Dengan itu, aku kini tidak akan lagi memuji orang daerah Baling seperti dahulu..
pada aku itu semua lakonan kehidupan...

sifat seseorang adalah datang dari persekitaran, gaya hidup, didikan dan budaya kelompok masing²...(BALING)

Projek



Itik Nila kacukan angsa..Dalam usia 3 bulan saiz fizikalnya sama dengan bapa angsa.
insyallah aku akan biakkan dengan lebih banyak lagi itik ni..berat sekoq lebih kurang 5.5kg.



Itik teloq, setakat la tak mati lagi la..makan cukup kuta dan main ayaq pon kuat..
anjing si merah aku pandai gembala itik teloq ni..dia halau untuk main ayaq dan balik ke lau..



Projek Nenas, insyallah akan ditanam sampai habih kebun tu ..

JKM PROJEK CARI



Lokasi di Pokok Ketapang, aku dan kawan aku singgah di situ sekejap memandangkan dok hairan dengan perkataan JKM PROJEK CARI..saja tanya kakitangan kat situ dan amat mendukacitakan ..depa sendiri tak boleh nak describe natang apa JKM PROJEK CARI tu..sedangkan depa reja kat situ..aku sebagai orang awam nak tau la jugak apa fungsi dia..kot² khidmat depa boleh digunakan untuk apa² dihari kelak..

Jus Jambu Batu



Gerai Jus Jambu batu ni menghala ke Pekan Baling.. Berada di tepi jalan selepas Komplek Belia Sukan Baling..